Kelas Mengaji (Softskill)

2 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Mengaji (Soft skill) bersama komuniti telah diadakan pada 1 & 2 Julai 2019 bersamaan hari Isnin dan Selas. Kelas ini diadakan kepada komuniti-komuniti Taman Sepakat Jaya dan kawasan sekitarnya yang beragama Islam untuk mempelajari dan mempertingkatkan lagi ilmu bacaan ayat-ayat Al-Quran. Kebanyakan peserta terdiri daripada perserta wanita mualaf. Pusat Internet Taman Sepakat Jaya bekerjasama dengan Ustazah Maizatul untuk kelas ini dan beliau juga merupakan Cikgu Kafa di Sekolah Pajar Sejingkat.

Kelas Mengaji pada minggu ini disertai oleh 5 orang wanita termasuklah seorang peserta mualaf berbangsa Cina dan seorang lagi peserta berasal daripada Indonesia. Setiap peserta akan bergilir-gilir untuk membaca ayat-ayat Al-Quran bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada pukul 11 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali